Monday, June 29, 2009

MY LAST DAY..


Today is my last day working at this office..after 6 years, I think I have to move to other place in order to give justice to myself..i love my job here but being in one office for such a long time is not good eventhough my immediate boss has been a very supportive, understanding and kind employer all this while.
Bukan saje pengalaman manis, yang masam, pahit dan tawar pun ada sepanjang 6 tahun kat situ. Kalau nak ikutkan sakit hati, geram, marah, tak puas hati, etc rasanya semua ofis ada problem yang sama. Pergilah mana-mana tempat pun, perangai orang- orang macam ni memang ada. So, kena tahan dan bawak bersabar (walaupun saya tak berapa penyabar orangnya) aje lah..yang penting rezeki bukan kat tangan manusia. Kita usaha, lepas tu tawakkal dan redha aje lah (keep saying to myself over and over again as well)..
I hate saying good bye to all my friends but I guess we could meet up whenever we’re free in future..kepada semua, maaf dan minta halal untuk segalanya. Terima kasih jugak pada yang banyak menolong sepanjang berada di sini (ayat ni macam tengah bagi speech lepas dpt award, heehhehe..)..ada rezeki, kita jumpa lagi..

Thursday, June 25, 2009

OUR SECOND ATTEMPT…


Berjaya atau tidak, akan diketahui dalam beberapa hari lagi..kalau berjaya, alhamdulillah..kalau tidak pun, alhamdulillah..kerana Dia lebih mengetahui segalanya..yang penting kami telah mencuba, dan akan terus mencuba..

I WON!


Hehehhe..jangan la risau, saya bukan menang award apa pun..ini contest yg saya sendiri tak ingat pun bila saya masuk. Esok nak collect hadiahnya..dengar kata bag, tapi plastic bag ke, paper bag ke, saya pun tak sure…

Tuesday, June 23, 2009

HARTA RAMPASAN DARI UK


Berikut adalah hasil rampasan dari UK yang diambil kat USJ4 mlm tadi:
shirt M&S
3 tote bags Harrods
1 purse Kenneth Cole
2 helai tudung tie rack
2 botol bedak M&S
2 botol penyental ketiak/ deodorant
3 mini EDT green tea by EA
kalau diikutkan perangai tamak haloba saya, dah lama saya order lagi macam- macam..hehehhe..tapi kena sabar dulu.ada orang maybe balik august ni, so boleh le buat list lagi…muahahahaha…

SUDAH CUKUPKAH?

Ok..mula- mula warna kelabu + pink, then peach + choc, then blue + choc, then maroon + choc, then peach, then green + blueish + lite choc….sudah cukup kah stock itteeeewwww?

KE MANA MALAM INI..

En. Husband will be having his weekly badminton game tonite..so, I am left with 2 options:
to just stay at home- blogging, surfing the internet, lepak OR
ask him to drop me at the mall- find stuff as a gift for my boss, gatal2 kan diri tengok kain kat Gula*** (perlu ke menambah koleksi lagi?), window shopping, etc..
I’m more inclined to option no. 2 but gaji belum masuk lagi!! Mana nak ada duit beli- beli ni (sedar pun diri, huhuhuhu)..ohhh, satu lagibenda kena buat.Malam ni maybe kena amik harta rampasan dari dekat USJ4.

Monday, June 22, 2009

En. Husband : ‘Dah nak sampai petrol station ni..Nak ‘air selesa’ tak?’
Saya : ‘Nak’
Tahu tak apa yang kami maksudkan dengan ‘air selesa’? Inilah dianya…




Couldn’t find the image of this drinks in bottle..so ambik yang ni aje la…kenapa kami panggil ‘air selesa’? Sebab ianya sangat selesa bila lalu kat tekak..lepas minum rasa selesa sangat. Cuba lah..

SETIAP KALI RAYA..

Tiba- tiba teringat tiap kali raya..akan ada satu time yang saya rasa sangat kosong…nak tahu apa? Hmmmm..kosong dengan barang kemas di leher, pergelangan tangan dan juga jari..for your info, both my inlaws’ wife loves wearing cincin, rantai, gelang tangan emas..jadinya time raya la yang paling sesuai nak pakai kan..
Not that I envy them, but bila diorang pakai, saya akan rasa sungguh lain..sayalah menantu yang paling kosong di rumah itu..bukannya saya takde cincin kawin untuk dipakai, tapi saya malas. Saya tak suka asyik kena tanggal cincin bila nak mandi, pergi toilet, siang ikan( aikkk, pernah siang ke?). Saya rasa, untuk saya menjadi macam diorang (pakai barang kemas) tunggu lah bila umur saya mencecah 40 tahun nanti..time tu kita sama- sama lihat, samada selera saya pada barang kemas sudah ada atau tak…

ITU RUPANYA..

Abang (bila saya tulis ‘abang’, maksudnya abang kandung saya tau) saya baru telefon tadi..abah saya CONFIRMED ada problem jantung..ada satu salur darah yang tersumbat. Ini masih di IJN, doctor nak monitor. Takpe lah, at least dah tahu punca. Petang ni baru tahu which treatment suits his condition..
Untuk abah, semoga dikurniakan kesihatan yang lebih baik dari sekarang, insyaallah..so far, mak saya bebas dari apa- apa penyakit, alhamdulillah..

ITU RUPANYA..

Abang (bila saya tulis ‘abang’, maksudnya abang kandung saya tau) saya baru telefon tadi..abah saya CONFIRMED ada problem jantung..ada satu salur darah yang tersumbat. Ini masih di IJN, doctor nak monitor. Takpe lah, at least dah tahu punca. Petang ni baru tahu which treatment suits his condition..
Untuk abah, semoga dikurniakan kesihatan yang lebih baik dari sekarang, insyaallah..so far, mak saya bebas dari apa- apa penyakit, alhamdulillah..

AND I FALL IN LOVE AGAIN..

Saya sudah jatuh chenta…
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

AND I FALL IN LOVE..

Sukanya..dah pun dapat apa yang ditengok siang malam kat internet…baunya sangat best.. alhamdulillah…tima kasih juga atas contribution en. Husband..(hihiihiii, lain kali boleh contribute lagi kan?)

AND I FALL IN LOVE..

Sukanya..dah pun dapat apa yang ditengok siang malam kat internet…baunya sangat best.. alhamdulillah…tima kasih juga atas contribution en. Husband..(hihiihiii, lain kali boleh contribute lagi kan?)

Sunday, June 21, 2009

Ku ke kedai ‘itu’ lagi..

Hajat di hati nak hantar kain ke rumah tailor kat KL aje semalam..akhirnya tersinggah di kedai ‘itu’..dan orang yang sepatutnya membeli, haram sehelai pun dia rembat. Saya juga yang baik hati untuk derma duit lagi di kedai ‘itu’..huhuhuuh…

B O R I N G . .

Tersangat lah boringnya hari ni..pagi tadi teman abah amik darah di IJN..lepas tu both mak dan abah singgah pula ke jalan masjid india..kalau ikut hati, dah tergedik- gedik terasa nak ikut tapi apakan daya, as a good staff, saya tak la boleh pontengkan? Hehehehe…

SELAMAT HARI BAPA..

Nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada abah saya..semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik, bahagia dunia akhirat dan dirahmati Allah..some info about my father..
- Abah saya seorang yg GARANG..i really mean it. Kalau dia tengah marah, bunyi tapak kaki dia pun saya dah takut. Dari kecik saya dah biasa kena rotan dan pukul dengan abah. Kira- kiranya macam dah lali jugak la..last kena masa Form 4 (owwhhh, jgn tanya kenapa saya kena pukul dengan abah masa tu..). darah abah cepat naik bila tengok ada benda yang tak betul jadi depan mata dia.
- Abah seorang perfectionist..selagi dia tak puas hati dengan hasil kerja, dia akan buat sampai la awal pagi pun.
- Abah amat pentingkan pelajaran. Abah saya ada sijil kemahiran..disebabkan desakan hidup, abah terus bekerja untuk menampung keluarga.so, abah nak kami adik- beradik belajar tingi- tinggi utk ubah nasib keluarga. Asal abah bukan orang senang, dari kecik abah dah tolong opah meniaga kuih. Makan pun tak cukup, rasanya pernah hampir kebuluran..Atuk meninggal masa umur abah 10 tahun, jadi opah yang besarkan abah adik- beradik..
- Abah saya suka muzik 60-an..lagu- lagu M. Sharif, A. Rahman Hassan, A.Ramli, L. Ramli, etc semuanya favourite abah (psssttt..sebenarnya en. Husband pun suka and hafal jugak lagu-lagu 60an)
- Abah suka pakai beg baju (yang ada trolley) bila balik ke kampong..sebabnya dia suka baju dia tersusun cantik lepas digosok..bukan macam kitorg ni, suma baju masuk dlm beg, bunjutkan, and off we go..hehehhe..
- Abah saya suka belajar benda baru..some people tersangat impressed when i told them that my 57 years old father knows how to use Autocad, Photoshop (termasuk buat 3d simple in autocad ye puan- puan..). hehehhe...
- Abah saya boleh dikatakan dah jadi orang Bandar..maknanya dia takda hajat nak balik kampong after his retirement..bukan apa, kalau tengokkan keadaan perangai budak-budak kat kampong, cepat aje dia tension..so, lebih baik dia tak payah pening kepala kat sana. Cucu pun suma kat sini kan..
- Abah saya amat pentingkan punctuality and attendance masa zaman kitorang adik- beradik sekolah dulu..kalau demam biasa, memang abah tak bagi pun ponteng..bagi dia biarlah bertahan duduk di sekolah..so, saya memang takde peluang langsung nak bagi alasan demam untuk rehat kat rumah. Tapi masa Form 5 saya kena chicken pox, so of coz la abah tak kisah saya cuti kan.
- Abah saya can be called as ‘handy man’. Abah boleh repair tv, radio, walkman, mesin basuh, etc. Berbelas tahun abah buat part-time kerja merepair ni untuk tanggung kami adik beradik..kalau nak ikutkan gaji, memang tak cukup lagi- lagi duduk kat bandar. So, abah amik upah merepair..salah satu bilik kat rumah memang khas untuk dia..kitorang panggil ‘bilik TV’. Kitorang adik- beradik memang dilarang masuk, sebab bahaya kan.. kat situ lah abah buat kerja dia dari pukul 6 petang hingga lah 2 atau 3 pagi tiap- tiap hari..ramai orang hantar tv kat abah- ada yang bayar dan ambil balik, ada jugak yang dah taknak tv tu, bagi pada abah..at one time, rumah kitorang pernah ada 4 tv, 3 video player (zaman tok kaduk 90an dulu)..upah yang diambil bukannya banyak, tapi rasanya berkat dari duit yg sikit itu la abah mampu tanggung kami sekeluarga..
Banyak lagi nak cerita, tapi maybe dalam entry akan datang..saya sayang abah saya dan insyaallah berusaha untuk menbahagiakan dia dan jugak mak..
p/s: selamat hari bapa juga kepada bapa mertua saya di Parit 3..

Thursday, June 18, 2009

THE DAY I DECIDED TO WEAR TUDUNG..

Dari kecik lagi, parents memang dah suruh bertudung..but being me, I always questioned their requests..and being a very rebellious teenager (ramai yang tak percaya fakta ni..), of coz saya tak ikut perintah (derhaka lah ni)..
I remembered once, I even met my secondary school teacher, complaining on my father’s request. Yg bestnya, cikgu tu pun memang tak bertudung, dia pun serba salah nak bagi nasihat..that time, saya selalu fikir yang saya akan pakai tudung bila dah terbuka hati..
Sampai lah masuk kolej, saya masih belum bertudung. Few months lepas masuk kolej, tibalah bulan puasa..semua orang diwajibkan menutup aurat time academic hours. So, saya pun pakai la walaupun nampak rambut sana sini (time tu tak kisah, sebab semua orang pun kena pakai)..saya memang budget lepas puasa akan terbang balik lah tudung tu..tapi apa yang saya tak jangka ialah bila saya mula rasa malu nak buka tudung tu..imagine, punyalah macam tak sure, nak pakai tudung ke tak bila keluar buka puasa di luar dengan classmates..i ended up tak keluar pun, sebab nak pakai tudung takut nanti suma orang ingat saya dah decide nak bertudung.kalau tak pakai kang, rasa ‘bogel’ pulak..
So, dilemma tu menghantui saya for few weeks jugak..masalah yg sama timbul bila nak balik rumah parents masa weekend..saya jadi malu bila tak pakai..last- last balik jugak, dengan bertudung..parents saya pun ingat saya akan buka tudung balik lepas raya, tapi tiba- tiba tudung tu melekat sampai sekarang..and I know how happy my parents were that time..
Saya masih ingat dulu, abah tanya: ‘kenapa taknak pakai tudung lagi, sebab rasa tak cantik ke bila pakai?’ dan dia sambung lagi :.’dia kata biar la kita tak nampak cantik di mata manusia, tapi cantik di mataNya.. ‘. and yes, lepas bertudung, I totally agreed with that..Alhamdulillah, walaupun pakai tudung pada umur yang agak lambat, saya bersyukur sebab dibukakan hati ni.

Wednesday, June 17, 2009

kisah nyonya di flat..

Tiba-tiba teringat pulak nyonya cina, neighbour lama dulu masa duduk kat flat..nyonya ni baik, ok orangnya.tapi yang tak tahan tu, dia terlampau suka dengan pokok bunga..habis depan rumah dia (rumah dia ground floor) penuh dgn pasu bunga. And dia suka letak baja taik kambing..huhuhuh…baunya, azab betul…
Lagi satu, adalah menjadi tabiat dia menyidai baju dkt grille aje..org lain sidai kat ampai, dia senang aje..baju dlm baldi tu lepas diperah, terus sangkut (tak kira la baju, kain, hatta baju kicik and seluar kicik, sekali) dekat grille tingkap rumah dia..en. husband pernak cakap, tergamak tak nak tiru cara nyonya tu..hehehhe…

My First Entry..

Bismillahirrahmanirrahim...