Thursday, July 30, 2009

WORK..

it's been a while since i updated this blog..not that i'm too busy (yes, of course!) but for sure, lazy too..workplace is quite demanding, need to concentrate more and do tonnes of this and that.. although the university close for one week, i'm much busier than ever..the RIBA visit will be next week.hopefully all are ready by this weekend, insyaallah..the rest of the staffs are working very hard to get the accreditation, insyaallah.
regarding my personal life, something happened last week that make me mad on somenone. how could she say such things. how stupid!i don't know whether my perception on her could be the same after this.nak pandang muka pun malas tau tak.ngok ngek betul la.but at least i've told how i feel to en. husband, alhamdulillah he understand.
puasa month is just around the corner but i haven't finished the puasa ganti yet..will do it next week, harap semuanya ok.apa pun, baju raya ada yang dah siap and i'm so happy to see it..yeayyy!!

Wednesday, July 29, 2009

BORING

saya adalah teramat boring..

Sunday, July 19, 2009

HAJAT DI HATI..




semoga hajat termakbul,Amiiinnn...


SAYA SIMPATI

Malam tadi selepas mengemas bilik nan bersepah dan menggosok baju, saya telah membuka blog sorang ex- staff The Company. Terkejut juga melihat salah satu entry dia yang sangat mendapat sambutan.pasal HRP..frankly speaking saya tidak pernah dikacau dengan teruk oleh wanita itu. Yang minor ada la..maybe sebab saya ni dia rasakan bukan la orang yang dapat menyaingi dia dari segala sudut.
Cuma sepanjang di The Company, saya melihat dia sebagai wanita yang amat tidak disukai oleh lebih separuh dari ofismate.saya memang seboleh mungkin tak mahu ada kena mengena sangat dengan dia, sebab malas nak sakit hati later on. Dan Alhamdulillah, dia pun kurang mengacau saya..
Sekarang ini dia sakit. Saya simpati.. Rasanya semua orang deserve dapat chance untuk berubah kan?

Tuesday, July 14, 2009

SEBAK

hari ini sepatutnya saya nak ke ofis lama.tapi hajat tu tak kesampaian nampaknya. saya ada kelas dan meeting lepas tu. walaupun sibuk tadi, saya masih boleh teringat pada kawan- kawan yang akan meninggalkan The Company..kawan- kawan yang boleh bersusah dan senang bersama, yang rela menadah telinga mendengar segala keluhan, rungutan, komen, suka, duka, dan umpatan (hehehehhe)..saya rindukan waktu bersama mereka.
dan tiba- tiba tadi semasa meeting, saya dapat sms dari ex-boss.tiba-tiba rasa sebak, teringat semua benda- benda yang best kat sana..mata pun dah berkaca tadi, nasib baik takde yang perasan.pada kawan- kawan semua, semoga masa depan kita lebih cerah di tempat baru..

Sunday, July 12, 2009

JALAN-JALAN AMBIL MOOD..

hari sabtu yang lepas saya ke KLCC..sementara menunggu 35++ orang yang lambat sampai (gerammnyaaaa..), saya telah berjalan ke butik itu..saya tahu en. husband tak faham apa la yang best sangat benda tu sampai harganya jadi mahal.tapi saya tak kisah, saya nak merasa masuk jugak..and yang bestnya, butik tu ada 30% and 50% clearance sale.
kalau ikut hati saya, memang gatal aje nak try kesemuanya.tapi disebabkan duit pun takda (and malu la dengan SA dia), saya hanya cuba 2 or 3 bijik sahaja.nasib baik SA dia baik and informative..tak lama lepas tu saya keluar dari butik itu dengan senyuman manis..saya dah compare harga sebenarnya..beli atau tidak nanti belakang kira.
memang tak sesuai betul pergi KLCC tak berduit.tapi memang saya ada rm50 je masa tu..apa yang nak dibelikan? heheheh...

HADIAH SAYA

Masih ingat pada entry saya yang dulu tak: entry pasal menang contest tu? Lupa pulak nak tunjuk. Inilah dianya..

dan nampak tak tanda bulat merah kat gambar ni? semua tu adalah gambar 'ba alif ba ya' okay..hampeh betul.terpaksa la saya amik marker pen dan cover binatang itu jadi bentuk lain. setakat ni dua dah kena rembat: by cik polis (my sister) and sedara. dua lagi masih selamat kat rumah emak..


KELAM KABUT



Silalah lihat ketidak urusan hidup saya ketika ini..Katil memang sentiasa ada itu- ini. Anyway, love my DIY bags (from snazzynsuch and nisa abas) so much..

Friday, July 10, 2009

UPDATE..

busy, busy dan busy..
memang ramai yang tak percaya, kerja baru saya lebih sibuk dari ofis lama..hehehhe..so far alhamdulillah..banyak benda kena belajar dari seniors..balik rumah memang flat gila.penat..
this weekend pun bnyk activities..pagi kena bawak student ke KLCC..then tengahari to attend Prof Bill's farewell lunch kat Subang Parade..then after that shoot to PD for en. husband's family day..sunday baru balik semula ke rumah..mana la nak sempat buat benda lain..huhuhuuh..
but i'm expecting the same condition will at least last til november..harapnya lepas tu ok balik dan lebih teratur.
and now i'm waiting for the day to come..utk pergi ke ofis lama dan dpt durian runtuh itu..hehehehe...list benda yang nak dibeli mmg dah lama ada..gatalnya rasa nak ke sana sini.but for sure kena la simpan jugak kan.dalam seminggu dua ni saya sangat behave ok..tak beli apa2 pun benda online (sebab sebenarnya duit dah takde)..minggu depan siap laaaa...

Tuesday, July 7, 2009

LETIHNYA..

letihnya...ya Allah berilah aku kekuatan mental dan fizikal untuk mengharung segala cabaran ini..sebenarnya saya adalah teramat penat..baru masuk kerja baru dan belum sempat nak adapt, dah macam- macam benda kena buat.huhuhuh...not that i expect that my new job will be more relax compared to the last one but i think they should give me some times to breath.
dengan meeting yang panjang (sampai dah nak tertidur hokehhh..), saya tetap perlu maintain fresh dan comel di mata my superiors.kehadiran air dan kuih karipap + apam pisang/kek pisang tak berapa membantu. nasib baiklah ada sesi lawak dan ketawakan orang yang berlaku tadi..dapat jugak hilangkan rasa mengantuk..
apa pun, malam ni i've requested to en. husband : tolonglah bawak saya dinner kat luar..i need to freshen up, nak jalan-jalan sikit.
p/s: pagi tadi ada student jerit dan panggil saya 'kak'..dia ingat saya sekelas dgn dia (dia baru masuk).saya terasa sungguh muda remaja, nak pulak budak tu baru umur 19 tahun..hehehhe...awet mudakah aku?

Saturday, July 4, 2009

KU KE KEDAI ITU LAGI..

ingatkan nak melepak atas katil je hari ni..tapi tiba2 parents called, ajak breakfast sama2..en. husband tak joint pasal pergi seminar, so saya pergi sorang..after breakfast, terus ke bus station untuk hantar my brother (ni adik bongsu)..then my elder brother sms, tanya jalan untuk ke kedai itu..fyi, kakak iparku dah lama teringin ke sana. so, saya dengan pantas balas sms tu : 'bawalah daku sekali'.hehehhehe..
and my parents pun decided untuk ikut..sekarang tengah sale ye puan2..beli 3 tudung yang sama code, akan dapat free satu tudung..kalau tak disebabkan saya teringat pada wajah en. husband (muka and reactions yang dia selalu buat bila saya beli lebih dari satu), dah tentu saya rembat lebih lagi..tapi sebagai isteri yang patuh, saya hanya beli satu je...mak saya yang dapat 2..kakak ipar pun dapat satu sebab takda saiz..
lepas tu, kami terus ke Gulatis untuk belikan kain buat baju raya kakak saya anak beranak.hari tu kata taknak baju raya, semalam tiba2 dia nak pulak..so, beli lah viscose warna merah + pink + chocolate.lepas makan, parents and abang sekeluarga balik..dan saya dengan semangat waja konon nak buat kerja, akhirnya tertidur selama 2 jam okehhh..
p/s: suatu hari yang indah saya akan upload gambar tudung dari kedai itu..

CRAZY ABOUT U..






i am so crazy about these bags..en. husband, kalau nak belikan hadiah please belikan benda2 ni je.

Wednesday, July 1, 2009

ON OUR SECOND ATTEMPT..

Sad to say that our second attempt failed..don't worry, we are both okay..nak kata sedih, mesti lah but life goes on.Kalau kata rezeki tu Allah nak bagi, bila- bila dia boleh bagi..cuma saya harap hati ni tabah dan tak putus asa. Frankly speaking, i don't like people to pity me on this issue. But i am blessed to have several friends who are very supportive and understanding- be it on this issue or others. Alhamdulillah..semoga doa- doa saya dimakbulkan Allah..

MY LIFE..TODAY..

I was quite nervous as today is my first day at the Uni. Leaving The Company (mcm dalam Prison Break pulak) does made a big impact to myself..i miss my friends so much..i missed the chance to say goodbye to my immediate boss, as he left the office early yesterday. Fortunately, i got to see him early that morning, and thanked him for his support, encouragement and understanding. Susah nak cari bos yang baik macam dia,enough said..
And this morning, when i woke up i still couldn't believed that i am now no more an architect..i went to report duty to HR of Uni. early in the morning. Then, i went to the faculty and met my Programme Leader. Banyak dah kerja yang menanti..huhuhhu..i still haven't got my room yet, not until end of this month.
So far, from the time table given, i am free on Wednesday.. Monday and Thursday are Design Studio days.. Tuesday i'll have class half of the day (morning till noon). Friday will be from 8.30am to 11.30 am and 3.10pm to 6.00pm..time yang konon- konon free tu of coz kena buat paper, research and some other works too.
I know this is only a beginning of my latest journey.Hope it will better from the last one, insyaallah..

Monday, June 29, 2009

MY LAST DAY..


Today is my last day working at this office..after 6 years, I think I have to move to other place in order to give justice to myself..i love my job here but being in one office for such a long time is not good eventhough my immediate boss has been a very supportive, understanding and kind employer all this while.
Bukan saje pengalaman manis, yang masam, pahit dan tawar pun ada sepanjang 6 tahun kat situ. Kalau nak ikutkan sakit hati, geram, marah, tak puas hati, etc rasanya semua ofis ada problem yang sama. Pergilah mana-mana tempat pun, perangai orang- orang macam ni memang ada. So, kena tahan dan bawak bersabar (walaupun saya tak berapa penyabar orangnya) aje lah..yang penting rezeki bukan kat tangan manusia. Kita usaha, lepas tu tawakkal dan redha aje lah (keep saying to myself over and over again as well)..
I hate saying good bye to all my friends but I guess we could meet up whenever we’re free in future..kepada semua, maaf dan minta halal untuk segalanya. Terima kasih jugak pada yang banyak menolong sepanjang berada di sini (ayat ni macam tengah bagi speech lepas dpt award, heehhehe..)..ada rezeki, kita jumpa lagi..

Thursday, June 25, 2009

OUR SECOND ATTEMPT…


Berjaya atau tidak, akan diketahui dalam beberapa hari lagi..kalau berjaya, alhamdulillah..kalau tidak pun, alhamdulillah..kerana Dia lebih mengetahui segalanya..yang penting kami telah mencuba, dan akan terus mencuba..

I WON!


Hehehhe..jangan la risau, saya bukan menang award apa pun..ini contest yg saya sendiri tak ingat pun bila saya masuk. Esok nak collect hadiahnya..dengar kata bag, tapi plastic bag ke, paper bag ke, saya pun tak sure…

Tuesday, June 23, 2009

HARTA RAMPASAN DARI UK


Berikut adalah hasil rampasan dari UK yang diambil kat USJ4 mlm tadi:
shirt M&S
3 tote bags Harrods
1 purse Kenneth Cole
2 helai tudung tie rack
2 botol bedak M&S
2 botol penyental ketiak/ deodorant
3 mini EDT green tea by EA
kalau diikutkan perangai tamak haloba saya, dah lama saya order lagi macam- macam..hehehhe..tapi kena sabar dulu.ada orang maybe balik august ni, so boleh le buat list lagi…muahahahaha…

SUDAH CUKUPKAH?

Ok..mula- mula warna kelabu + pink, then peach + choc, then blue + choc, then maroon + choc, then peach, then green + blueish + lite choc….sudah cukup kah stock itteeeewwww?

KE MANA MALAM INI..

En. Husband will be having his weekly badminton game tonite..so, I am left with 2 options:
to just stay at home- blogging, surfing the internet, lepak OR
ask him to drop me at the mall- find stuff as a gift for my boss, gatal2 kan diri tengok kain kat Gula*** (perlu ke menambah koleksi lagi?), window shopping, etc..
I’m more inclined to option no. 2 but gaji belum masuk lagi!! Mana nak ada duit beli- beli ni (sedar pun diri, huhuhuhu)..ohhh, satu lagibenda kena buat.Malam ni maybe kena amik harta rampasan dari dekat USJ4.

Monday, June 22, 2009

En. Husband : ‘Dah nak sampai petrol station ni..Nak ‘air selesa’ tak?’
Saya : ‘Nak’
Tahu tak apa yang kami maksudkan dengan ‘air selesa’? Inilah dianya…




Couldn’t find the image of this drinks in bottle..so ambik yang ni aje la…kenapa kami panggil ‘air selesa’? Sebab ianya sangat selesa bila lalu kat tekak..lepas minum rasa selesa sangat. Cuba lah..

SETIAP KALI RAYA..

Tiba- tiba teringat tiap kali raya..akan ada satu time yang saya rasa sangat kosong…nak tahu apa? Hmmmm..kosong dengan barang kemas di leher, pergelangan tangan dan juga jari..for your info, both my inlaws’ wife loves wearing cincin, rantai, gelang tangan emas..jadinya time raya la yang paling sesuai nak pakai kan..
Not that I envy them, but bila diorang pakai, saya akan rasa sungguh lain..sayalah menantu yang paling kosong di rumah itu..bukannya saya takde cincin kawin untuk dipakai, tapi saya malas. Saya tak suka asyik kena tanggal cincin bila nak mandi, pergi toilet, siang ikan( aikkk, pernah siang ke?). Saya rasa, untuk saya menjadi macam diorang (pakai barang kemas) tunggu lah bila umur saya mencecah 40 tahun nanti..time tu kita sama- sama lihat, samada selera saya pada barang kemas sudah ada atau tak…

ITU RUPANYA..

Abang (bila saya tulis ‘abang’, maksudnya abang kandung saya tau) saya baru telefon tadi..abah saya CONFIRMED ada problem jantung..ada satu salur darah yang tersumbat. Ini masih di IJN, doctor nak monitor. Takpe lah, at least dah tahu punca. Petang ni baru tahu which treatment suits his condition..
Untuk abah, semoga dikurniakan kesihatan yang lebih baik dari sekarang, insyaallah..so far, mak saya bebas dari apa- apa penyakit, alhamdulillah..

ITU RUPANYA..

Abang (bila saya tulis ‘abang’, maksudnya abang kandung saya tau) saya baru telefon tadi..abah saya CONFIRMED ada problem jantung..ada satu salur darah yang tersumbat. Ini masih di IJN, doctor nak monitor. Takpe lah, at least dah tahu punca. Petang ni baru tahu which treatment suits his condition..
Untuk abah, semoga dikurniakan kesihatan yang lebih baik dari sekarang, insyaallah..so far, mak saya bebas dari apa- apa penyakit, alhamdulillah..

AND I FALL IN LOVE AGAIN..

Saya sudah jatuh chenta…
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

AND I FALL IN LOVE..

Sukanya..dah pun dapat apa yang ditengok siang malam kat internet…baunya sangat best.. alhamdulillah…tima kasih juga atas contribution en. Husband..(hihiihiii, lain kali boleh contribute lagi kan?)

AND I FALL IN LOVE..

Sukanya..dah pun dapat apa yang ditengok siang malam kat internet…baunya sangat best.. alhamdulillah…tima kasih juga atas contribution en. Husband..(hihiihiii, lain kali boleh contribute lagi kan?)

Sunday, June 21, 2009

Ku ke kedai ‘itu’ lagi..

Hajat di hati nak hantar kain ke rumah tailor kat KL aje semalam..akhirnya tersinggah di kedai ‘itu’..dan orang yang sepatutnya membeli, haram sehelai pun dia rembat. Saya juga yang baik hati untuk derma duit lagi di kedai ‘itu’..huhuhuuh…

B O R I N G . .

Tersangat lah boringnya hari ni..pagi tadi teman abah amik darah di IJN..lepas tu both mak dan abah singgah pula ke jalan masjid india..kalau ikut hati, dah tergedik- gedik terasa nak ikut tapi apakan daya, as a good staff, saya tak la boleh pontengkan? Hehehehe…

SELAMAT HARI BAPA..

Nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada abah saya..semoga panjang umur, dikurniakan kesihatan yang baik, bahagia dunia akhirat dan dirahmati Allah..some info about my father..
- Abah saya seorang yg GARANG..i really mean it. Kalau dia tengah marah, bunyi tapak kaki dia pun saya dah takut. Dari kecik saya dah biasa kena rotan dan pukul dengan abah. Kira- kiranya macam dah lali jugak la..last kena masa Form 4 (owwhhh, jgn tanya kenapa saya kena pukul dengan abah masa tu..). darah abah cepat naik bila tengok ada benda yang tak betul jadi depan mata dia.
- Abah seorang perfectionist..selagi dia tak puas hati dengan hasil kerja, dia akan buat sampai la awal pagi pun.
- Abah amat pentingkan pelajaran. Abah saya ada sijil kemahiran..disebabkan desakan hidup, abah terus bekerja untuk menampung keluarga.so, abah nak kami adik- beradik belajar tingi- tinggi utk ubah nasib keluarga. Asal abah bukan orang senang, dari kecik abah dah tolong opah meniaga kuih. Makan pun tak cukup, rasanya pernah hampir kebuluran..Atuk meninggal masa umur abah 10 tahun, jadi opah yang besarkan abah adik- beradik..
- Abah saya suka muzik 60-an..lagu- lagu M. Sharif, A. Rahman Hassan, A.Ramli, L. Ramli, etc semuanya favourite abah (psssttt..sebenarnya en. Husband pun suka and hafal jugak lagu-lagu 60an)
- Abah suka pakai beg baju (yang ada trolley) bila balik ke kampong..sebabnya dia suka baju dia tersusun cantik lepas digosok..bukan macam kitorg ni, suma baju masuk dlm beg, bunjutkan, and off we go..hehehhe..
- Abah saya suka belajar benda baru..some people tersangat impressed when i told them that my 57 years old father knows how to use Autocad, Photoshop (termasuk buat 3d simple in autocad ye puan- puan..). hehehhe...
- Abah saya boleh dikatakan dah jadi orang Bandar..maknanya dia takda hajat nak balik kampong after his retirement..bukan apa, kalau tengokkan keadaan perangai budak-budak kat kampong, cepat aje dia tension..so, lebih baik dia tak payah pening kepala kat sana. Cucu pun suma kat sini kan..
- Abah saya amat pentingkan punctuality and attendance masa zaman kitorang adik- beradik sekolah dulu..kalau demam biasa, memang abah tak bagi pun ponteng..bagi dia biarlah bertahan duduk di sekolah..so, saya memang takde peluang langsung nak bagi alasan demam untuk rehat kat rumah. Tapi masa Form 5 saya kena chicken pox, so of coz la abah tak kisah saya cuti kan.
- Abah saya can be called as ‘handy man’. Abah boleh repair tv, radio, walkman, mesin basuh, etc. Berbelas tahun abah buat part-time kerja merepair ni untuk tanggung kami adik beradik..kalau nak ikutkan gaji, memang tak cukup lagi- lagi duduk kat bandar. So, abah amik upah merepair..salah satu bilik kat rumah memang khas untuk dia..kitorang panggil ‘bilik TV’. Kitorang adik- beradik memang dilarang masuk, sebab bahaya kan.. kat situ lah abah buat kerja dia dari pukul 6 petang hingga lah 2 atau 3 pagi tiap- tiap hari..ramai orang hantar tv kat abah- ada yang bayar dan ambil balik, ada jugak yang dah taknak tv tu, bagi pada abah..at one time, rumah kitorang pernah ada 4 tv, 3 video player (zaman tok kaduk 90an dulu)..upah yang diambil bukannya banyak, tapi rasanya berkat dari duit yg sikit itu la abah mampu tanggung kami sekeluarga..
Banyak lagi nak cerita, tapi maybe dalam entry akan datang..saya sayang abah saya dan insyaallah berusaha untuk menbahagiakan dia dan jugak mak..
p/s: selamat hari bapa juga kepada bapa mertua saya di Parit 3..

Thursday, June 18, 2009

THE DAY I DECIDED TO WEAR TUDUNG..

Dari kecik lagi, parents memang dah suruh bertudung..but being me, I always questioned their requests..and being a very rebellious teenager (ramai yang tak percaya fakta ni..), of coz saya tak ikut perintah (derhaka lah ni)..
I remembered once, I even met my secondary school teacher, complaining on my father’s request. Yg bestnya, cikgu tu pun memang tak bertudung, dia pun serba salah nak bagi nasihat..that time, saya selalu fikir yang saya akan pakai tudung bila dah terbuka hati..
Sampai lah masuk kolej, saya masih belum bertudung. Few months lepas masuk kolej, tibalah bulan puasa..semua orang diwajibkan menutup aurat time academic hours. So, saya pun pakai la walaupun nampak rambut sana sini (time tu tak kisah, sebab semua orang pun kena pakai)..saya memang budget lepas puasa akan terbang balik lah tudung tu..tapi apa yang saya tak jangka ialah bila saya mula rasa malu nak buka tudung tu..imagine, punyalah macam tak sure, nak pakai tudung ke tak bila keluar buka puasa di luar dengan classmates..i ended up tak keluar pun, sebab nak pakai tudung takut nanti suma orang ingat saya dah decide nak bertudung.kalau tak pakai kang, rasa ‘bogel’ pulak..
So, dilemma tu menghantui saya for few weeks jugak..masalah yg sama timbul bila nak balik rumah parents masa weekend..saya jadi malu bila tak pakai..last- last balik jugak, dengan bertudung..parents saya pun ingat saya akan buka tudung balik lepas raya, tapi tiba- tiba tudung tu melekat sampai sekarang..and I know how happy my parents were that time..
Saya masih ingat dulu, abah tanya: ‘kenapa taknak pakai tudung lagi, sebab rasa tak cantik ke bila pakai?’ dan dia sambung lagi :.’dia kata biar la kita tak nampak cantik di mata manusia, tapi cantik di mataNya.. ‘. and yes, lepas bertudung, I totally agreed with that..Alhamdulillah, walaupun pakai tudung pada umur yang agak lambat, saya bersyukur sebab dibukakan hati ni.

Wednesday, June 17, 2009

kisah nyonya di flat..

Tiba-tiba teringat pulak nyonya cina, neighbour lama dulu masa duduk kat flat..nyonya ni baik, ok orangnya.tapi yang tak tahan tu, dia terlampau suka dengan pokok bunga..habis depan rumah dia (rumah dia ground floor) penuh dgn pasu bunga. And dia suka letak baja taik kambing..huhuhuh…baunya, azab betul…
Lagi satu, adalah menjadi tabiat dia menyidai baju dkt grille aje..org lain sidai kat ampai, dia senang aje..baju dlm baldi tu lepas diperah, terus sangkut (tak kira la baju, kain, hatta baju kicik and seluar kicik, sekali) dekat grille tingkap rumah dia..en. husband pernak cakap, tergamak tak nak tiru cara nyonya tu..hehehhe…

My First Entry..

Bismillahirrahmanirrahim...